PETALING JAYA: Jumlah transaksi hartanah kediaman pada suku pertama 2021 turun 44.7 peratus berbanding suku sama tahun lalu, menurut laporan Maklumat Terkini Pasaran Hartanah Suku Pertama oleh PropertyGuru DataSense. Menurut laporan tersebut, pembeli rumah kali pertama (FHB) menyumbang kepada sebahagian besar transaksi hartanah di seluruh pada suku tersebut dengan sumbangan sebanyak 61.2 peratus. Katanya, FHB juga mengatasi pembelian oleh pelabur di tiga pasaran hartanah utama Malaysia iaitu Lembah Kelang, Johor dan Pulau Pinang, masing-masing sebanyak 13.2 peratus, 65.2 peratus dan 0.08 peratus. Pengarah Urusan PropertyGuru Datasense, Joe Hock Thor berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya