PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB), melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) terus membantu masyarakat Orang Asli sekitar Gua Musang mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli. Menurut TNB, dalam program terbaharu pada 14 sehingga 17 September lalu, seramai 288 Orang Asli lagi telah menerima vaksin jenis Pfizer dan Cansino. Mereka terdiri daripada 90 Orang Asli di Pos Pulat manakala baki 198 lagi terdiri daripada Orang Asli di Pos Bihai. “TNB Genco juga turut memberikan sumbangan pek makanan asas kepada 300 keluarga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya