PETALING JAYA: Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif pada Ogos lalu meningkat 147 peratus berbanding Julai daripada 7,086 unit kepada 17,500 unit selepas bilik pameran di kebanyakan negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi bermula 13 Ogos. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah itu bagaimanapun menurun mendadak sebanyak 67.50 peratus melalui perbandingan tahun ke tahun memandangkan TIV pada Ogos 2020 adalah sebanyak 53,838 unit. Daripada jumlah 17,500 yang dicatatkan pada Ogos lalu, 15,064 unit merupakan kenderaan penumpang manakala 2,436 unit ialah kenderaan komersial. Jumlah jualan sepanjang tahun sehingga Ogos…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya