PETALING JAYA: Bursa Malaysia pada petang ini ditutup 18.74 mata lebih rendah berbanding semalam, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,578.89 mata. Kaunter rugi mengatasi untung dengan 747 berbanding 338 kaunter. Sementara 413 kaunter tidak berubah dan 721 lagi tidak diniagakan. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, penurunan itu adalah disebabkan oleh sentimen global yang merasakan pertumbuhan ekonomi akan kekal perlahan kerana kemungkinan berlakunya penurunan dalam pemberian bantuan fiskal oleh kerajaan. “Selain itu, keputusan Bank Negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya