PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan platform tunggal bagi menyelaraskan semua bantuan kerajaan kepada golongan memerlukan pada Oktober ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketika ini banyak pihak dan jabatan kerajaan yang terlibat dalam memberikan bantuan namun ia tidak diselaraskan dengan baik. Kata beliau, bantuan-bantuan tersebut termasuk bantuan kebajikan, biasiswa atau bantuan keperluan asas seperti makanan. “Apa yang sedang dilakukan, dan ia sedang bergerak dengan baik, sebuah platform digital tunggal yang mana pegawai kerajaan mendapat akses (maklumat) seberapa banyak seseorang individu mendapat bantuan atau dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya