PETALING JAYA: “Percepat rentas aktiviti negeri. Pendapatan mereka bergantung 100 peratus kepada penumpang, jika tiada penumpang, mereka tiada sumber pendapatan.” Itu gesaan Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) kepada kerajaan untuk membolehkan perniagaan ahli-ahlinya kembali beroperasi. Presidennya, Mohamad Kaharrudin Salleh berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kerajaan memang tidak menghalang perkhidmatan awam untuk beroperasi kerana ia merupakan perkhidmatan penting. Bagaimanapun katanya, tiada penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres sepanjang tempoh berkenaan disebabkan larangan pergerakan rentas negeri. Mohamad Kaharrudin memberitahu, setakat ini persatuan terbabit mempunyai 20 ahli iaitu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya