PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli meningkat 22.3 peratus pada Julai lalu kepada 47,473 tan metrik daripada 38,807 tan metrik bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Pengeluaran tahunan komoditi itu turut meningkat sebanyak 13.6 peratus berbanding 41,801 tan metrik bulan yang sama tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan pengeluaran itu disokong oleh pertumbuhan bulan ke bulan pengeluaran getah asli oleh sektor estet sebanyak 2.1 peratus dan sektor pekebun kecil (24.8 peratus). “Manakala perbandingan tahun ke tahun, sektor kebun kecil kekal positif, iaitu 18 peratus,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya