PETALING JAYA: Pemulihan ekonomi negara dilihat lebih cerah menjelang suku keempat tahun ini dengan beberapa indikator, terutamanya aliran masuk modal pelabur asing dilihat positif. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembukaan ekonomi yang lebih meluas, kemajuan vaksinasi yang positif dan pengawalan kes Covid-19 yang kritikal dijangka akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kata beliau, Ogos lalu, sejumlah RM7.7 bilion telah dicatatkan dari segi aliran masuk modal pelabur asing, nilai yang tertinggi sejak Jun 2020 dan telah mengimbangi aliran keluar bagi dua bulan sebelum itu. “Sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya