Pelajar rindu ke sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar rindu ke sekolah

Sistem KBAT yang dilaksanakan di sekolah dilihat menekan murid sehingga ada yang hilang minat belajar. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hampir empat bulan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), rata-rata pelajar di negeri ini meluahkan hasrat untuk kembali ke sekolah dan berharap perkara itu dapat direalisasikan secepat mungkin.

Kebanyakan mereka rindu dan tidak sabar untuk mengikuti PdP secara bersemuka yang merupakan tradisi sebelum ini.

PUTERA SYAHMI ZAFRAN

Seorang pelajar tingkatan lima di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang di Hulu Terengganu, Putera Syahmi Zafran Syirfan Indra Mitra Surya, 17, berkata, pembukaan semula sekolah membolehkannya membuat persediaan rapi dan fokus kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Katanya, sepanjang mengikuti PdPR, prestasi akademiknya agak merosot terutama dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.

“Saya suka bertanya pada cikgu jika kurang faham mengenai sesuatu perkara tetapi PdPR membataskan ruang untuk berbuat demikian.

“Sebelum ini saya sedikit kecewa kerana prestasi menurun, jadi saya berharap dapat kembali semula ke sekolah dan tinggal di asrama untuk memperbaiki kelemahan dalam pelajaran sebagai persiapan menghadapi SPM,” katanya di sini, semalam.

NURIN ZAHIRAH YUSOF

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Razali Ismail, Nurin Zahirah Yusof, 15, teruja untuk berjumpa kawankawan dan guru sebaik sahaja sekolah dibuka kelak.

Katanya, suasana pembelajaran di sekolah lebih kondusif dan sesuai untuk pembelajaran berbanding di rumah.

“Belajar di rumah bermasalah dan banyak subjek yang saya ketinggalan seperti Sains, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris,” katanya.

AWATIF NUR ADAWIYAH

Bagi murid tahun satu, Sekolah Kebangsaan Ladang, Awatif Nur Adawiyah Azlan, 7, tidak sabar untuk ke sekolah kerana mahu ke kantin membeli makanan bersama kawan-kawan.

“Selain untuk merasai pengalaman membeli makanan, saya juga sudah bosan belajar di rumah dan rindu untuk berada di dalam kelas,” katanya.

Ilma Fasihah Mohamad Hazman, 10, pula berkata, semua peralatan seperti cecair pembasmi kuman, pelitup dan pelindung muka sentiasa digunakan serta dibawa ke sekolah bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Menurut murid tahun empat Sekolah Kebangsan Sultan Sulaiman itu, dia sudah biasa dengan suasana norma baharu dan akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  walaupun ketika di sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya