PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk melahirkan lima syarikat pemula (unicorn) teknologi terbesar tempatan bagi tempoh lima tahun akan datang. Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, MOSTI menerusi agensi modal teroka, Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) akan membantu kementerian bagi mencapai sasaran itu. Beliau berkata, sasaran itu akan dapat dicapai menerusi penerapan elemen Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE). “MySTIE antara lain merangkumi elemen teknologi sensor, keselamatan siber, teknologi neuro, pembangunan bandar pintar, kesihatan dan agrikultur,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya