LONDON: Kekurangan cip semikonduktor dijangka menjejaskan jualan syarikat pengeluar kenderaan global sebanyak AS$210 bilion (RM879.27 bilion) pada tahun ini. Menurut AlixPartners, pengeluaran kenderaan global pada tahun ini dijangka berkurangan sebanyak kira-kira 7.7 juta disebabkan krisis cip. Jumlah itu hampir dua kali ganda unjuran yang dibuat oleh konsultan sebelum ini iaitu pengurangan pengeluaran sebanyak 3.9 juta kenderaan. Ia adalah anggaran ketiga yang dikeluarkan oleh AlixPartners mengenai kesan kekurangan cip kepada kewangan syarikat automotif. Pada Januari, kekurangan cip dijangka memberi kesan sebanyak AS$61 bilion (RM255.41 bilion), namun jumlah itu dinaikkan kepada AS$110…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya