PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengumumkan pelantikan Hizzan Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWEST Sdn. Bhd. (KWEST) berkuat kuasa 1 September lalu. KWEST merupakan cabang hartanah dana pencen itu yang ditubuhkan pada 2017. Menurut KWAP, Hizzan akan menggantikan bekas CEO KWEST, Sufian Abdullah. Jelasnya, Hizzan merupakan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan di Gamuda Land, berpengalaman dalam menguruskan perolehan hartanah dan hartanah komersial. “Beliau mempunyai pengalaman profesional dalam bidang hartanah selama 14 tahun dalam pengambilalihan tempatan dan antarabangsa, serta memudahcara usaha sama antara syarikat pembangunan hartanah terkemuka dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya