PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin dilantik Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober 2021. Menurut TNB, Hasan, 68, akan menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar bermula 30 Ogos lalu. Jelasnya, bekas Timbalan Menteri Pahang itu telah dilantik menjadi Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad tahun lalu. Hasan juga katanya, pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang pada 1990 hingga 1999, Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara (1995-1998) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) 2015-2018.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya