Harga minyak meningkat lima hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Harga minyak meningkat lima hari berturut-turut

KEKURANGAN bekalan minyak mentah membantu kenaikan harga komoditi itu di pasaran global. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Harga minyak telah meningkat lima hari berturut-turut pada hari Isnin dengan Brent mencecah AS$80 (RM334.80) di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan minyak kerana sebahagian dunia melihat peningkatan permintaan berikutan kelonggaran sekatan perjalanan.

Harga minyak mentah Brent naik sebanyak AS$1.14 (RM4.77) atau 1.5 peratus kepada AS$79.23 (RM331.58) setong, setelah meningkat tiga minggu berturut-turut hingga Jumaat lalu.

Harga minyak Amerika Syarikat (AS) turut melonjak sebanyak AS$1.11 (RM4.65) atau 1.5 peratus kepada AS$75.09 (RM314.25), harga tertinggi sejak Julai, setelah meningkat lima minggu berturut-turut pada minggu lalu.

Bagaimanapun, menurut ANZ Research, kekurangan bekalan terus mempengaruhi inventori di semua wilayah.

“Kenaikan harga gas juga membantu mendorong harga minyak menjadi lebih mahal kerana cecair itu menjadi lebih murah untuk penjanaan kuasa.

“Terganggu oleh kenaikan permintaan, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) telah mengalami kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran akibat kekurangan pelabur atau penyelenggaraan yang berterusan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, penjualan awam pertama simpanan minyak negara di China hampir tidak meraih keuntungan apabila PetroChina dan Hengli Petrochemical membeli empat kargo berjumlah sekitar 4.43 juta tong.

Lapor Reuters, import minyak India pula berada di puncak pada bulan Ogos, setelah pulih daripada paras terendah hampir setahun pada Julai lalu ketika kilang pengimport minyak mentah kedua terbesar meningkatkan stok kerana menjangka permintaan yang lebih tinggi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya