BEIJING: Harga aluminium terus meningkat ke paras tertinggi sejak 2008 berikutan kebimbangan bekalan di China dan Guinea. Aluminium naik sebanyak 1.6 peratus kepada AS$2,837.50 (RM11,771.37) tan metrik di London Metal Exchange, tertinggi sejak 2008, sebelum didagangkan pada AS$2,829 (RM11,736.11) tengah hari semalam di Shanghai. Harga logam dilaporkan turut meningkat 2.1 peratus ke paras tertinggi sejak 2006. Menurut laporan, harga aluminium hampir meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu ketika perniagaan di seluruh dunia dibuka semula selepas penutupan akibat pandemik, selain permintaan pengguna dan aktiviti ekonomi meningkat semula. Goldman Sachs Group…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya