China alami krisis tenaga - Utusan Malaysia

China alami krisis tenaga

PEKERJA membaiki kabel elektrik bagi memastikan bekalan tidak terganggu. Masalah bekalan tenaga menyebabkan banyak sektor ekonomi tidak beroperasi di China. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Banyak kilang tutup operasi akibat masalah bekalan

BEIJING: China dilaporkan me­ngalami krisis bekalan tenaga elektrik sehingga menyebabkan penutupan kilang-kilang di seluruh negara itu.

Krisis tersebut menimbulkan ancaman lebih besar kepada ekonomi China selepas kemelut hutang syarikat hartanah Evergrande Group, sehingga mendorong pelabur menghindari industri berkait rapat dengan bekalan tenaga seperti pembuatan keluli dan pembinaan.

Kilang-kilang dilaporkan mula memberhentikan operasi kerana kekurangan bekalan tenaga dan mandat kerajaan adalah untuk memenuhi matlamat pengurangan tenaga dan karbon.

Menurut Reuters, Goldman Sachs dan Nomura telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini berikutan krisis berkenaan.

Saham pengeluaran kimia, syarikat pembuat kereta dan perkapalan dilaporkan telah merosot, sementara stok tenaga boleh diperbaharui melambung tinggi.

Dalam pada itu, China, pengguna arang batu utama dunia, dilaporkan sangat memerlukan bekalan dan bersedia membayar harga apa pun.

Langkah China itu dikhuatiri akan mengancam bekalan untuk negara lain yang turut memerlukan bahan bakar berkenaan terutama menjelang musim sejuk akan datang.

“China akan memperluas perolehan arang batu pada “harga apa pun untuk memastikan pemanasan dan penjanaan tenaga pada musim sejuk,” kata Majlis Elektrik China dalam satu kenyataan Isnin lalu.

Lebih 90 peratus bahan bakar di China dikeluarkan dalam negara, namun adalah sukar untuk meningkatkan pengeluaran dalam waktu singkat.

Menurut laporan, penjanaan tenaga termal hingga Ogos lalu adalah 14 peratus lebih tinggi daripada tahun lalu, sementara pengeluaran arang batu mening­kat 4.4 peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya