PETALING JAYA: Krisis pemaju hartanah China, Evergrande Group telah mempengaruhi sentimen keseluruhan pasaran ekuiti Asia, tetapi kesannya terhadap pasaran saham Malaysia dijangka adalah terhad. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, kumpulan tersebut sedang menghadapi krisis keupayaan membayar hutang, di mana hutang bersihnya berjumlah sekitar RM314 bilion. “Limpahan krisis dan kesan kepada Bursa Malaysia dijangka ada, namun agak minimal. Bagaimanapun, kesan itu boleh menjadi lebih teruk sekiranya Evergrande dibenarkan untuk tidak mematuhi perjanjian hutang mereka dan tidak membayar mengikut terma dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya