Buka sekolah keputusan tepat - Utusan Malaysia

Buka sekolah keputusan tepat

NOR Irwan Kamis memantau anak-anaknya belajar secara dalam talian di rumah mereka di Kampung Lama, Guar Sanji, Arau, Perlis baru-baru ini. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Segerakan pemberian vaksin kepada pelajar

KANGAR: Keputusan kerajaan membenarkan semula sesi persekolahan bersemuka bulan depan merupakan langkah tepat selepas pelajar khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan begitu lama ketinggalan di dalam pelajaran ekoran pandemik Covid-19.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen, Mohamad Asri Shafii berkata, sudah tiba masanya sesi persekolahan kembali dibuka apabila kebanyakan negeri di negara ini sudah pun menghampiri imuniti berkelompok.

Katanya, peralihan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga menunjukkan ada indikator penurunan yang baik dan kebanyakan kes positif Covid-19 pula adalah daripada kategori satu dan dua sahaja.

“Jadi, kita tidak harus takut kerana mahu atau tidak, kita akan melangkah ke fasa endemik iaitu kita perlu hidup dengan Covid-19 ini seperti penyakit lain termasuk denggi dan tibi.

“Cuma cabaran kita buat masa ini adalah guru-guru yang enggan divaksin. Kerajaan perlu memikirkan jalan terbaik mengenai hal ini.

“Seharusnya tindakan diambil terhadap mereka kerana boleh memberi ancaman keselamatan kesihatan bukan sahaja kepada anak-anak di sekolah tetapi juga pada masyarakat umum,” katanya.

MOHAMAD ASRI SHAFII

Sementara itu, Mohamad Asri berkata, penutupan sekolah terlalu lama menyebabkan pelajar menghadapi tekanan khususnya kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Dalam masa sama, dia juga menyokong supaya murid-murid berusia 12 tahun ke atas diberikan suntikan vaksin supaya mereka lebih selamat untuk berada di sekolah.

“Pelajar-pelajar ini sudah dua tahun terkesan kerana Covid-19. Jika perlindungan diberikan kepada mereka, itu adalah satu jalan yang terbaik. Tambahan pula, negara luar seperti United Kingdom (UK) juga sudah memberi suntikan pada kanak-kanak.

“Secara peribadi, saya memang menyokong suntikan diberikan secara awal kepada pelajar supaya mereka mendapat perlindungan semasa mengikuti proses pembelajaran di sekolah,” ujarnya.

ABDUL JALIL RAMLI

Dalam pada itu, Pengerusi Pengerak Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis, Prof. Madya Dr. Abdul Jalil Ramli berkata, pihaknya menyokong sesi persekolahan secara bersemuka untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya