2,705 pelajar tingkatan enam di Kedah mulakan sesi bersemuka - Utusan Malaysia

2,705 pelajar tingkatan enam di Kedah mulakan sesi bersemuka

Dr. RADZI Jidin meninjau peralatan yang akan digunakan oleh pelajar pada sesi persekolahan bersemuka di Kolej Vokasional Langkawi, bermula 3 Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai 2,705 pelajar tingkatan enam semester kedua di 58 buah sekolah di Kedah akan memulakan sesi bersemuka bermula pada 3 Oktober walaupun negeri itu masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pelajar tingkatan enam sahaja di negeri itu yang perlu hadir ke sekolah kerana mereka bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada akhir Oktober ini.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memohon kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pelajar tingkatan enam di Kedah yang masih berada dalam Fasa 1 PPN dapat hadir ke sekolah secara bersemuka sebagai persediaan sebelum mereka menduduki peperiksaan.

Ini kerana, katanya, pelajar tingkatan enam semester dua yang berada di negeri dalam Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 PPN dibenarkan hadir ke sekolah.

“Pengumuman KPM sebelum ini tidak ada sekolah yang akan dibuka di negeri Fasa 1 PPN.

“Bagaimanapun KPM mendapat kelulusan MKN untuk membenarkan pelajar tingkatan enam semester dua yang bakal menduduki peperiksaan STPM sahaja hadir ke sekolah,” katanya.

Dr. Radzi berkata demikian selepas meninjau persiapan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka di Kolej Vokasional Langkawi di sini kelmarin.

Setakat ini Kedah merupakan satu-satunya negeri yang masih kesal di Fasa 1 PPN.

Untuk rekod, negeri Fasa 2 terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah, Johor dan Melaka.

Diikuti negeri Fasa 3, Pahang, Perlis, Terengganu, Sarawak dan seterusnya negeri Fasa 4 adalah Labuan dan Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya