PETALING JAYA: Ramssol Group Berhad merekodkan perolehan sebanyak RM7.71 juta bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun 2021, peningkatan 51.77 peratus daripada RM5.98 juta dicatatkan suku sebelumnya. Bagi tempoh dilaporkan, syarikat mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM2.01 juta, peningkatan sebanyak 136.47 peratus daripada RM0.85 juta suku sebelumnya. Keuntungan selepas cukai (PAT) syarikat turut meningkat sebanyak 136.90 peratus kepada RM1.99 juta daripada RM0.84 juta pada suku pertama tahun kewangan 2021. Menurut Ramssol, peningkatan dalam perolehan dan keuntungan bersih itu disumbangkan terutamanya oleh projek-projek teknologi aplikasi Pengurusan Sumber Manusia (HCM) di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya