PETALING JAYA: Surina Shukri melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkuat kuasa 31 Ogos ini. Keputusan itu dibuat kerana Surina mahu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain yang menarik minat beliau. Surina berkata, beliau berbesar hati dapat menerajui MDEC dan ekonomi digital negara ke hadapan menerusi perubahan yang tidak dijangka dan cabaran yang signifikan sejak 16 Januari 2019. “Saya amat berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh MDEC ketika ini, dengan memfokus kepada pengukuhan Malaysia yang tercinta ini sebagai Nadi Digital ASEAN. “Saya yakin pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya