PETALING JAYA: Revenue Monster dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menganjurkan kempan Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online (SMO) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Kempen itu merupakan satu inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan sedang berlangsung sehingga 31 Disember ini. Melalui kempen itu, Revenue Monster bekerjasama dengan pemilik-pemilik PKS untuk mendigitalkan perniagaan mereka melalui à la carte, satu penyelesaian kedai super dalam talian yang berfungsi semua-dalam-satu. Ia direka oleh Revenue Monster untuk membantu para peniaga agar membawa perniagaan mereka ke dalam talian, memacu kelestarian perniagaan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya