PETALING JAYA: Permintaan terhadap hartanah kediaman sekunder di Malaysia mengalami pertumbuhan positif pada separuh pertama 2021 dengan peningkatan sebanyak 19.2 peratus berbanding -2.5 peratus pada separuh pertama 2020. Menurut iProperty.com.my, kedua-dua kunjungan dan bekalan penyenaraian hartanah unik dalam laman web itu meningkat pada separuh pertama tahun ini dengan jumlah kunjungan melebihi peningkatan bekalan penyenaraian. Katanya, ia merangkumi hartanah jenis rumah teres, kondominium, kediaman dan pangsapuri perkhidmatan. Pengurus Besar Penyelesaian Data Pelanggan dan Kualiti iProperty, P. Premendran berkata, pemulihan pasaran kediaman pada tempoh tersebut membawa khabar baik kepada pemain industri hartanah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya