PETALING JAYA: Pertubuhan dan persatuan industri vape tempatan dan pengguna vape memohon kerajaan memperkenalkan peraturan mengawal selia industri vape terutamanya berkenaan penggunaan nikotin dalam cecair vape. Gabungan pertubuhan berkaitan vape dianggotai Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) dan Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) dalam kenyataan bersama berpendapat, peraturan serta hala tuju yang jelas akan membantu pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dalam industri vape. Menurut kenyataan itu, industri vape berpotensi untuk menarik pelaburan domestik serta pelaburan asing memandangkan industri vape tempatan mempunyai satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya