PETALING JAYA: Penggiat industri pelancongan khususnya pengendali umrah digesa untuk membuat persediaan dengan kadar segera untuk mengendalikan jemaah umrah sebaik sahaja pintu sempadan negara dibuka. Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harun KC Ahmmu berkata, menurut laporan media Arab Saudi, kerajaan negara itu akan membuka pintu sempadan mereka mulai 10 Ogos (hari ini). “Kelulusan telah diberikan kepada syarikat pengendali umrah negara mereka untuk memeterai kontrak perkhidmatan umrah dengan syarikat pengendali umrah luar negara. “Justeru, pengendali umrah harus merebut peluang itu dengan berurusan dengan syarikat pengendali umrah Arab Saudi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya