PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) RM1.9 bilion bagi suku kedua tahun kewangan 2021, berbanding RM185 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu. Kumpulan turut mencatat lonjakan pendapatan sehingga 77 peratus kepada RM5.6 bilion berbanding RM3.2 bilion dalam tempoh sama tahun lalu, didorong lonjakan harga produk petrokimia dan kenaikan harga minyak mentah. PCG juga mengumumkan pembayaran dividen interim sebanyak RM1.84 bilion yang merupakan 55 peratus daripada PAT suku pertama 2021 (RM3.3 bilion). Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sazali Hamzah berkata, kenaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya