PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama SME Corp. akan menganjurkan webinar pada Khamis ini (5 Ogos), bagi membincangkan Peluang Pengkomersialan Teknologi MPOB dan Dana Bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menurut MPOB, sesi webinar itu akan menampilkan ahli panel terdiri daripada Ketua Pengarahnya, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir yang akan berkongsi peluang pengkomersialan teknologi MPOB kepada usahawan PKS dan penggiat industri sawit. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rizal Nainy pula akan membincangkan penyediaan dana bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan PKS bagi pengkomersialan teknologi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya