PETALING JAYA: MMC Corporation Berhad merekodkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM494 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2021, lebih tinggi berbanding RM243 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu. Menurut kumpulan syarikat utiliti dan infrastruktur itu, peningkatan itu berikutan jumlah kendalian yang lebih tinggi di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Northport (Malaysia) Berhad, hasil subpajakan tanah di PTP dan kos kewangan yang lebih rendah. Namun, katanya, peningkatan itu diimbangi kemajuan kerja yang lebih rendah di Transit Aliran Massa Lembah Kelang (KVMRT) Aliran Putrajaya dan projek Pembentungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya