PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memohon maaf atas segala kekurangan selama memegang jawatan Menteri Kanan (Ekonomi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Beliau mengakui menjadi hasratnya selama ini untuk menangani kesulitan ekonomi dan melestarikan pekerjaan bagi rakyat dalam tempoh sukar ini. “Walaupun ekonomi dilihat semakin pulih, masih ramai rakyat yang menderita berikutan pandemik global. “Justeru, saya memohon maaf atas kekurangan saya dan adalah satu penghormatan berkhidmat untuk anda,” katanya menerusi ciapan di Twitter. Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kelapan, disusuli dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya