PETALING JAYA: Lebih 86 peratus daripada 8,486 pekerja Proton sudah divaksin sepenuhnya sebagai langkah pencegahan Covid-19, melalui pusingan kedua Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). Menurut Proton, jumlah tersebut dijangka meningkat memandangkan 98 peratus pekerja sudah menerima dos pertama, selaras dengan sasaran syarikat mencapai imuniti kelompok di dalam rangkaian operasinya. Tambahnya, sama seperti pusingan pertama vaksinasi, kompleks sukan di kilang Tanjung Malim telah digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN), menyediakan kemudahan vaksinasi bagi warga kerja serta pembekal di kawasan setempat, sementara mereka yang bekerja di Shah Alam mendapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya