PETALING JAYA: Kumpulan DRB-HICOM Berhad mencatatkan perolehan bernilai RM2.52 bilion pada suku kedua (S2) 2021 berakhir 30 Jun lalu, peningkatan sebanyak 30.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Bagi tempoh separuh pertama tahun ini, Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM6.13 bilion, naik 29.4 peratus berbanding tempoh sama 2020. Menurut DRB-HICOM, Kumpulan merekodkan kerugian pra-cukai sebanyak RM279.53 juta untuk suku kedua, manakala bagi separuh pertama berjumlah RM243.22 juta. “Ini merupakan pemulihan jika dibandingkan dengan nilai kerugian yang lebih tinggi bagi tempoh-tempoh yang sama dalam Tahun Kewangan 2020, di mana masing-masing mencatatkan kerugian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya