PETALING JAYA: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada suku kedua tahun ini melonjak 22.6 peratus berbanding suku sama tahun lalu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan itu dipacu oleh indeks pembuatan, perlombongan dan elektrik yang masing-masing mencatatkan kenaikan 26.3 peratus, 15.1 peratus dan 8.6 peratus. Kata beliau, bagi tempoh separuh tahun pertama 2021 pula, IPP merekodkan pengembangan 12.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh kenaikan dalam kesemua komponen iaitu indeks pembuatan (15.7 peratus), perlombongan (4.5 peratus) dan elektrik (empat peratus). “IPP meningkat 1.4 peratus pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya