8 beradik terima faedah Perkeso - Utusan Malaysia

8 beradik terima faedah Perkeso

MOHAMMED Azman Aziz Mohammed (kanan) menyampaikan faedah Perkeso kepada anak-anak Allahyarham Benyajeed Bernie dan Noraini Ibrahim di Bukit Beruntung, Rawang, semalam. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kehilangan ibu bapa akibat Covid-19

RAWANG: Lapan beradik yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu dan bapa akibat jangkitan pandemik Covid-19 Julai lalu, menerima bantuan serta faedah di bawah Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya melalui Skuad Perkeso Prihatin mengambil tindakan proaktif menyemak rekod caruman Allahyarham, Ben Yajeed Bernie, 45, dan Noraini Ibrahim, 43, serta mendapati kedua-dua mangsa merupakan pencarum dan memenuhi kelayakan faedah yang ditetapkan.

Menurutnya, selain menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM4,000, waris mangsa juga telah mula menerima Faedah Pencen Penakat bagi arwah ayah, manakala Faedah Orang Tanggungan (FOT) bagi arwah ibu, yang akan dibayar sehingga mereka mencecah umur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama.

“Sejurus menerima berita mengenai kisah malang menimpa keluarga berkenaan, kami segera mengambil tindakan proaktif dengan menyemak rekod caruman pasangan terbabit dan hasil semakan mendapati kedua-dua mangsa merupakan pencarum Perkeso dan memenuhi kelayakan faedah.

“Kami berbesar hati untuk turun padang bagi mengunjungi keluarga berkenaan di kediaman mereka dan majlis ini dibuat bagi membuat penyerahan bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) yang juga layak diterima oleh ibu waris untuk tempoh sepanjang arwah dirawat di hospital.

“Selain itu, Perkeso juga menyampaikan Kotak Prihatin berupa sumbangan keperluan harian kepada keluarga berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga di kediaman Allahyarham di Bukit Beruntung, di sini semalam.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua Pegawai Komunikasi, Izad Raya; Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi, Ismail Abi Hashim; Pengarah Perkeso Negeri Selangor, Zainol Abu dan Pengurus Perkeso Rawang, Khairul Mizan Md. Said.

Pencen Penakat adalah faedah dalam Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans Perkeso meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkait dengan pekerjaan dengan syarat belum mencapai umur 60 tahun.

FOT pula adalah salah satu faedah dalam Skim Bencana Pekerjaan yang dibayara kepada orang tanggungan yang layak apbila Orang Berinsurans Perkeso meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.

Contoh orang tanggungan termasuklah balu, duda, anak berusia di bawah 21 tahun, ibu, bapa, adik-beradik, datuk atau nenek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya