PETALING JAYA: Southern Power Generation (SPG) dinobatkan sebagai Stesen Janakuasa Terbaik 2021 oleh POWER Magazine, penerbitan dari Amerika Syarikat. Majalah itu mengkhusus kepada berita perundangan dan kawal selia serta maklumat operasi dan penyelenggaraan berkaitan industri penjanaan tenaga. Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB), SPG adalah stesen janakuasa pertama yang menggunakan turbin gas General Electric (GE) 9HA.02 secara komersial. Jelasnya, turbin itu adalah model terbaharu yang paling efisien keluaran GE yang menampilkan integrasi teknologi serta menjadi contoh kepada keseimbangan terhadap pemeliharaan alam sekitar, kemampuan dan daya harap sistem tenaga di Malaysia. NOR…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya