PETALING JAYA: Sebanyak 60,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan masing-masing bakal menerima manfaat Shopee bernilai hingga RM3,000 daripada program Go-eCommerce Onboarding. Inisiatif di bawah Belanjawan 2021 itu bertujuan mendorong pengguna e-dagang sebagai saluran perniagaan dalam kalangan PMKS dan warganegara Malaysia yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Shopee juga membiayai inisiatif itu melalui kerjasama Kementerian Kewangan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Shopee dalam satu kenyataan berkata, penjual Shopee sedia ada (yang telah berdaftar sebagai penjual di Shopee sebelum 1 Julai 2021) akan menerima baucar pulangan Tunai Syiling Shopee bernilai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya