PETALING JAYA: Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. (PLL) memeterai perjanjian 10 tahun bagi pembekalan gas asli cecair (LNG) kepada anak syarikat China National Offshore Oil Corporation (CNOOC), CNOOC Gas and Power Trading Marketing Limited. Perjanjian bekalan jangka panjang tersebut turut melibatkan pembekalan daripada LNG Canada apabila fasilitinya memulakan operasinya dalam pertengahan dekad ini. Menurut Petronas, perjanjian tersebut adalah untuk pembekalan 2.2 juta tan setahun (MTPA) untuk tempoh 10 tahun, melibatkan gabungan indeks-indeks Brent dan Alberta Energy Company (AECO). Katanya, perjanjian itu dinilai pada kira-kira AS$7 bilion (RM29.11 bilion)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya