PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah mengembangkan Program Food Bank di lebih 400 stesen Petronas di seluruh negara bagi membantu lebih ramai rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Program itu turut dibuka kepada individu, syarikat dan komuniti setempat yang prihatin serta ingin sama-sama membantu golongan yang terjejas akibat pandemik. Menurut PDB, setakat ini pihaknya telah memperuntukkan bekalan makanan bernilai RM600,000 untuk meluaskan program tersebut bagi mencapai lebih ramai penerima bantuan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, dalam masa yang mencabar ini, pihaknya gembira melihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya