PETALING JAYA: Pembangunan Tok Bali di Pasir Puteh, Kelantan akan dipergiatkan dengan pelaksanaan dan penambahbaikan infrastruktur bagi meningkatkan keupayaannya menjadi pusat pertumbuhan perdagangan serantau. Menurut Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Kerajaan Persekutuan melalui pihaknya dan Kerajaan Negeri Kelantan akan menumpukan usaha kepada pembangunan di Tok Bali bagi memacu pertumbuhan sosioekonomi negeri itu. Usaha itu katanya, termasuk pelaksanaan pelan transformasi yang bakal menyaksikan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur bagi menyokong kegiatan hiliran. “Ini akan menggalakkan penyertaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan di dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya