PETALING JAYA: Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar kesembilan terbaik dalam rantau Asia Pasifik yang dilihat bakal menjadi peneraju hab inovasi teknologi dalam tempoh empat tahun akan datang. Menurut Tinjauan Industri Teknologi 2021 global yang dijalankan oleh KPMG, kedudukan itu dicapai berdasarkan faktor tempatan seperti infrastruktur dan demografik serta faktor makro seperti persekitaran perundangan dan potensi insentif cukai kebangsaan. Ketua Teknologi, Sektor Media dan Telekomunikasi KPMG di Malaysia, Guy Edwards berkata, ia tidak mengejutkan memandangkan beberapa kajian telah mengenal pasti dan mengiktiraf faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai peluang pelaburan yang menarik.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya