PETALING JAYA:Platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional, JanaNiaga dijangka menyumbang RM4.8 bilion setahun kepada kecairan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berdasarkan jangkaan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion yang disediakan EXIM Bank dan institusi kewangan lain untuk platform itu serta purata tempoh invois selama 90 hari. Beliau berkata, JanaNiaga yang berterajukan pembiayaan invois daripada pembekal syarikat milik kerajaan (GLC) menerusi portal digital akan membolehkan pembekal-pembekal PKS menikmati kadar pembiayaan serendah 3.5 peratus setahun untuk margin pembiayaan sebanyak 100 peratus. Permohonan pembiayaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya