PETALING JAYA: Indeks Pengeluaran Perindustrian pada Mei meningkat 26 peratus berbanding bulan sama tahun lalu. Ia merupakan pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi sejak Januari 2020. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan itu disokong oleh pengembangan dalam semua indeks, iaitu pembuatan (29.8 peratus), perlombongan (20.7 peratus) dan elektrik (7.9 peratus). “Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada Mei ialah produk petroleum, kimia, getah dan plastik (34.8 peratus); produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (49.4 peratus) serta kelengkapan pengangkutan dan pembuatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya