Indeks perdagangan luar negara Mei tumbuh positif  - Utusan Malaysia

Indeks perdagangan luar negara Mei tumbuh positif 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di sebalik ketidaktentuan aktiviti ekonomi, indeks nilai seunit eksport dan import Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan positif pada Mei lalu masing-masing pada 0.7 peratus dan 0.9 peratus, bulan ke bulan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit eksport mencatatkan kenaikan 0.7 peratus pada Mei berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kenaikan beberapa indeks petunjuk lain.

Indek itu ialah indeks minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran yang naik 3.1 peratus, minyak galian (1.3 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.2 peratus).

Sebaliknya jelas beliau, indeks volum eksport turun 13.2 peratus pada bulan sama, disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-20.9 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-15.4 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (-13.1 peratus).

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim menyusut 12.8 peratus daripada 163.6 mata kepada 142.6 mata. Berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing meningkat 10.7 peratus dan 33.1 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, indeks nilai seunit import pula naik 0.9 peratus disumbangkan oleh pertumbuhan indeks minyak galian sebanyak 7.1 peratus, pelbagai urus niaga dan barangan (3 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (0.9 peratus).

Sementara itu katanya, indeks volum import menunjukkan trend yang berbeza dengan kejatuhan 8.6 peratus pada Mei berbanding bulan sebelumnya.

“Kejatuhan indeks volum import disumbangkan oleh penurunan indeks minyak galian (-34.4 peratus), barang-barang keluaran kilang (-4.4 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-2.3 peratus). 

“Indeks volum import pelarasan bermusim pada Mei 2021 susut 10.3 peratus daripada 166.1 mata kepada 149.0 mata. Berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum import masing-masing bertumbuh 3.8 peratus dan 44.8 peratus,” katanya.

Jabatan Perangkaan turut melaporkan terma perdagangan Malaysia susut 0.2 peratus bulan ke bulan daripada 103.7 mata kepada 103.5 mata pada Mei 2021. 

“Berasaskan tahun ke tahun, prestasi terma perdagangan Malaysia kekal positif 6.6 peratus daripada 97.1 mata pada Mei tahun lalu,” jelas jabatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya