Gembira kontrak sewa kantin dilanjutkan - Utusan Malaysia

Gembira kontrak sewa kantin dilanjutkan

ABDUL Karim Tin yang tidak dapat membuka kantin sekolah ketika ini hanya menolong di kedai makan anak saudaranya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.– UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: “Gembira sangat bila kerajaan umumkan penyambungan kontrak ini kerana buat masa ini pun kami tidak dapat beroperasi seperti biasa.”

Itu reaksi Abdul Karim Tin, 60, pengusaha kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis mengulas keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan kontrak sewa kantin selama setahun secara automatik.

Katanya, mengikut kontrak asal, sewanya akan tamat pada tahun depan, namun dengan pengumuman tersebut kontraknya akan dilanjutkan sehingga 2023.

“Saya berharap situasi Covid-19 di negara kembali terkawal supaya dengan penyambungan kontrak ini membolehkan kami pengusaha kantin untuk beroperasi seperti dahulu,” ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau turut menarik nafas lega selepas kerajaan mengumumkan pengecualian sewa selama enam bulan bermula bulan ini sekali gus membantu meringankan bebannya.

Menurut Abdul Karim , langkah kerajaan itu disifatkan bertepatan kerana prihatin dan memahami situasi yang dihadapi oleh pengusaha kantin seperti dirinya.

Katanya, dia perlu membayar sewa sebanyak RM500 sebulan dan secara tidak langsung pengecualian tersebut membolehkan dia menggunakan duit berkenaan bagi menampung operasi kantin nanti.

“Di kantin sekolah, kami ada dua pengusaha, jadi kami harus membayar RM500 setiap pengusaha. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan pengusaha kantin sekolah yang terjejas sepanjang penularan wabak Covid-19 ini.

“Untuk enam bulan pertama tahun ini, kerajaan sudah memberi pengecualian sewa kantin. Bila diumumkan bahawa pengecualian tersebut dilanjutkan untuk enam bulan lagi iaitu sehingga akhir tahun membuatkan kami berasa cukup lega,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya