PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka menghadapi cabaran dalam mengekalkan momentum pemulihan, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin. Ini kerana kata beliau, kemunculan varian baharu Covid-19 yang lebih berbahaya telah mencetuskan sentimen pesimis di peringkat global dan nasional. “Selanjutnya, sekatan pergerakan yang berpanjangan untuk melindungi nyawa boleh mempengaruhi prospek pemulihan,” katanya dalam kenyataan. Mohd. Uzir berkata, Indeks Pelopor (IP) yang bertindak sebagai indikator kepada pergerakan ekonomi ke hadapan secara keseluruhannya turut mencatatkan pertumbuhan perlahan kepada 6.9 peratus pada Mei daripada 15,7 peratus bulan sebelumnya. Prestasi itu katanya, didorong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya