PETALING JAYA: Cagamas Berhad mengumumkan penerbitan Kertas Komersial Islamik (ICP) tiga bulan bernilai RM300 juta yang akan diterbitkan di bawah struktur Murabahah Komoditi Islamik. Menurut perbadanan gadai janji nasional itu, hasil daripada terbitan itu akan digunakan untuk pembelian aset patuh syariah. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chung Chee Leong berkata, pihaknya gembira dengan penerbitan tersebut yang memperlihatkan minat berterusan terhadap terbitan jangka pendeknya. Kata beliau, unjuran pertumbuhan global ketika ini masih tidak menentu disebabkan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi yang menunjukkan tanda-tanda kemerosotan ketika kes jangkitan Covid-19 terus melonjak, akibat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya