PETALING JAYA: Indeks FBM KLCI Bursa Malaysia jatuh ke tahap terendah dalam tempoh hampir tujuh bulan apabila ditutup pada 1,532.63 mata semalam. Ia merupakan mata terendah dicatatkan indeks itu sejak 9 November lalu. Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim berkata, prestasi ekonomi, kadar vaksinasi dan pengendalian kes jangkitan Covid-19 di negara ini akan terus menjadi perhatian pelabur dan memberi kesan kepada prestasi Bursa Malaysia. Kata beliau, prestasi indeks itu pada bulan hadapan juga akan bergantung kepada trend harian kes Covid-19 tempatan dan sejauh mana kadar vaksinasi dapat dikekalkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya