Bursa Malaysia jatuh ke paras terendah sejak November 2020 - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia jatuh ke paras terendah sejak November 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Krisis terbaharu politik negara turut menjejaskan prestasi Bursa Malaysia.

Setakat pukul 10.30 pagi ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh sebanyak 15.78 mata kepada 1,514.37 daripada penutup 1,530.15 semalam.

Kejatuhan itu adalah yang terendah dalam tempoh hampir sembilan bulan, sejak 18 November 2020.

Bursa dibuka lebih rendah dalam sesi dagangan pagi ini pada paras 1,525.9 turun 4.25 mata daripada penutup semalam.

Setakat pukul 10.30 pagi ini, kaunter rugi mengatasi untung dengan 663 berbanding 131. Sementara 293 kaunter tidak berubah dan 1,101 lagi tidak didagangkan.

Menurut penganalisis, perkembangan terkini politik tanah air telah memberi kesan kepada keyakinan pelabur.

Selain itu katanya, pelabur turut bimbang kemungkinan lebih banyak kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan negara masih merekodkan kes Covid-19 yang tinggi.

“Kejatuhanan turut disebabkan pelabur menunggu keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) hari ini, sama ada ia diturunkan atau kekal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Polemik terbaharu politik negara tercetus selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sekarang.

Keputusan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan dua pemimpin UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan mengetuai Kluster Keselamatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya