Bursa ditutup lebih tinggi, pelabur kekal berhati-hati - Utusan Malaysia

Bursa ditutup lebih tinggi, pelabur kekal berhati-hati

BURSA Malaysia Derivatives mencatat rekod dagangan tertinggi tahun lalu, sebahagian besar disumbang oleh institusi asing. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi petang ini dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,520.58 selepas turut 1.4 peratus ke 1,508.71 semalam,  parah terendah sejak November 2020.

Penganalisis Bank Islam Malaysia Berhad, Adam Mohamed Rahim bagaimanapun berkata, ketakutan terhadap wabak Covid-19 masih `menakluk’ sentimen, dengan jumlah kes harian terbaharu mencapai tahap tinggi iaitu sebanyak 9,180 kes pada hari ini.

Justeru, katanya, kaunter sarung tangan di bawah indeks FBM KLCI seperti Hartalega dan Top Glove masing-masing meningkat sebanyak 1.6 peratus dan 2.7 peratus.

“Dengan itu, indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia adalah antara sektor yang menguntungkan, berakhir dengan 2.1 peratus lebih tinggi.

“Bagi minggu hadapan, indeks FBM KLCI mungkin akan didagangkan dalam julat yang kecil pada 1,510 mata hingga 1,530 mata kerana pelabur masih berhati-hati terhadap pandemik yang melanda walaupun kadar vaksinasi menggalakkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, dalam masa yang terdekat, tiada pemangkin utama untuk pasaran.

Ujarnya, pertumbuhan yang lebih tinggi untuk indeks pengeluaran perindustrian (IPI) bulan Mei yang akan dijelaskan Isnin depan tidak mungkin menjadi pendorong pasaran kerana waktu itu negara belum memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Mengulas lanjut, Adam memberitahu, bagi prestasi ringgit pula, beliau menjangkakan mata wang akan mendapat sokongan daripada harga minyak mentah Brent yang kukuh disebabkan oleh penurunan stok minyak mentah global.

Harga minyak mentah Brent pada hari ini meningkat 0.98 peratus kepada AS$74.77 (RM317.55) setong.

“Itu dapat meredakan tekanan yang timbul daripada ketidakpastian berkaitan dengan pandemik berikutan Asia menghadapi gelombang jangkitan terbaharu.

“Oleh itu, ringgit boleh boleh didagangkan antara RM4.17 dan RM4.19 pada minggu hadapan,” katanya.

Pada petang ini, ringgit berada pada 4.1845/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1715/1815 pada akhir urus niaga semalam.

Semalam,  Indek Bursa Malaysia jatuh 21.44 mata sekali gus mengkibatkan ‘kehilangan’ berbilion ringgit adalah reaksi serta-merta pelabur ekoran terkesan dengan ketidakstabilan suasana politik semasa negara.

Pada pukul 5 petang semalam, indeks penanda aras FBM KLCI menyusut 21.44 mata kepada 1,508.71 berbanding penutupan urus niaga Rabu pada 1,530.15. Indeks mencecah paras 1,504.63 mata, susut 25.52 mata sejam sebelum itu. Ia merupakan kejatuhan terburuk dalam tempoh hampir sembilan bulan, sejak November 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya