PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pihaknya telah menerima sebanyak 29 permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital setelah tempoh permohonan selama enam bulan berakhir 30 Jun lalu. Menurut BNM, Permohonan itu dibuat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Katanya, permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital itu melibatkan pelbagai pihak termasuk bank-bank, konglomerat industri, firma teknologi, penyedia perkhidmatan e-dagang, syarikat fintech, koperasi dan beberapa kerajaan negeri. “Pemohon yang berjaya dan memenuhi kesemua kriteria kehematan dijangka dapat menyumbang ke arah rangkuman kewangan yang lebih luas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya