Bayaran i-Sinar diawalkan, i-Citra mulai 2 Ogos - Utusan Malaysia

Bayaran i-Sinar diawalkan, i-Citra mulai 2 Ogos

Pengeluaran KWSP sebelum ini dijangka memberi kesan kepada pelaburan dan pendapatan seterusnya dividen dana simpanan persaraan terbesar negara itu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembayaran i-Sinar bagi Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai ini, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ujarnya, pengkreditan akan dibuat dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja, bergantung kepada prosedur sesebuah bank.

“Bayaran i-Sinar bagi Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021.

“Ahli KWSP turut disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (ahli) dan menghubungi talian 03-89224848 bagi sebarang pertanyaan berkaitan dengan i-Sinar,” jelas KWSP dalam satu pengumuman di laman Facebooknya.

Sementara itu, KWSP dalam pengumuman yang berbeza memaklumkan, bayaran bagi i-Citra akan dibuat secara berperingkat mulai 2 Ogos depan.

Jelasnya, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dilakukan dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja.

“Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya